Wednesday, June 10, 2009

Krisis Air Global kerana El Nino




Berita hari ni kata dunia akan hadapi krisis air kerana fenomena El Nino. Fenomena El Nino bermakna panas sepanjang hari. Malaysia turut kena tempias. Suhu di Chuping, Perlis catatkan suhu 40 darjah iaitu tertinggi di Malaysia setakat ini.

Manusia tidak terasa sangat akan kesan ini. Kerana manusia ada sistem penyejukan sendiri seperti berpeluh. Jika panas sangat, manusia akan pergi ke tempat teduh. Tetapi pokok2 nak lari camana?

Pokok2 ni akan kurangkan kehilangan air dengan cara kuncupkan daun. Jadi daun jadi layu. Lama2 dengan suhu 40 darjah berterusan tanpa hujan, pokok akan mati.

Di sini kita pernah dengar teknologi water filtration. Di mana Singapura dapat convert air jamban jadi air minum. Juga Singapura dapat tukar air laut ke air minum. Singapura adalah negara pulau. Secara sedar atau tak, Malaysia juga adalah negara pulau. Jadi kita sendiri patut ada water filtration jenis tu.

Andai kata Malaysia kuasai teknologi water filtration, bayangkan di pendalaman di mana akses air bersih susah dapat, orng di pendalaman dapat air bersih. Begitu juga penduduk pesisir pantai.

Jadi dalam kesempatan fenomena El Nino ni, elok penyelidik2 dapat kaji water filtration ni.

Supaya di masa depan, tidak terjadi krisis air di Malaysia.

No comments:

Post a Comment