Saturday, June 13, 2009

AutoCAD dan CATIA, mana lagi bagus?







Ramai orang tanya saya mana software lagi bagus, AutoCAD atau CATIA? AutoCAD adalah software yang cukup powerful untuk lukisan 2 dimensi (2D). CATIA pula software yang maqam dia paling tinggi di dalam 3D dan analisis.

Untuk jawab soalan ni, saya kena ceritakan pengalaman saya gunakan software2 CAD. Saya pernah guna dan mengajar subjek Lukisan Kejuruteraan iaitu lukisan gunakan tangan. Bila saya belajar AutoCAD, rasa macam tak mahu guna dah pen dan kertas nak melukis.

Bila saya guna AutoCAD Version R14, saya dapati ia banyak gunakan command keyboard. Seperti L untuk single line. Saya dapati untuk 3D tidak sesuai sangat. Sungguhpun begitu, kalau dah mahir tiada masalah.

Bila saya belajar CATIA, rasa macam tak mahu guna AutoCAD. Sebab senang sangat. Guna icon. Boleh buat 3D. untuk pengetahuan semua, CATIA sangat sesuai untuk 3D.

TETAPI

Bila saya guna software IRONCAD, tak mahu guna CATIA dah. Punya senang. Template dah ada, just tarik2 ja objek kita lukis tu.

Ada lagi satu software lagi senang dari IRONCAD, iaitu ALIAS software. Ini Proton guna. Kita lukis atas papan dan lukisan kita tu boleh edit2 guna software tu.

Pendek kata dari hari ke hari teknologi CAD semakan improve. AutoCAD pun sekarang nak masuk ke arah 3D.

Kalau tanya saya apa yang bagus, saya nanti tanya balik, nak guna untuk apa? Bajet banyak mana? Untuk permulaan, saya suggest AUtoCAD. Harga pasaran original sekitar RM 5000.00. Pirate CD berlambak. Disebabkan AUtoCAD ni dah lama establish, maka majority syarikat/kilang2 yang lama2 guna AutoCAD. Depa tak mau tukar. Buat apa nk tukar asalkan boleh pakai sudah.

CATIA ni terlampau mahal. Spec industri ialah RM 200, 000.00 satu lesen. Boleh beli sebijik rumah. Proton guna CATIA. Syarikat2 yg fokus RnD guna CATIA. Masalahnya jika kita nak training CATIA kat rumah, pirate ada tetapi selalunya install tak leh run. Pulak tu dia kena pakai RAM bergigabyte. Setakat 512 MB, jalan serupa siput babi. Punya lambat. Kalau kita install kat Laptop, tak boleh install yang lain. Guna utk CATIA saja.

Yang paling penting, kita faham apa yang kita buat. Nak mahir CAD, sy suggest mula dengan AutoCAD. Sebab ia basic dan mudah dicari merata2. Saya dapati software2 yang makin advance ni lebih kurang AutoCAD jugak.

Kesimpulannya, jika mahir AutoCAD, insya'Allah software lain mudah faham.

3 comments:

  1. Pada pandangan saya, catia lebih mudah untuk create 3D dan 2D. Semua shape boleh buat dengan mudah.

    ReplyDelete
  2. Betul, tapi cuba cari IronCAD. Terlampau senang buat 3D. Just tarik2 ja jadi object.

    ReplyDelete
  3. Kalau just tarik macam mana dengan dimension? Ironcad lebih kepada styling design atau eng. design? kalau catia ok untuk dua2.

    ReplyDelete