Thursday, June 11, 2009

Air boleh potong Besi

Ramai orang di luar bidang kejuruteraan pembuatan terkejut apabila saya kata air boleh potong besi. Hakikat air boleh potong batu dalam masa berjuta tahun sudah diketahui ramai. Bila air menitik atas batu dalam masa jutaan tahun, batu mereput seterusnya membentuk lubang.

Air yang kita minum memang boleh potong besi. Teknologi ini dicipta oleh seorang Muslim dari Mesir. Masih hidup lagi. Professor Dr Mohamed Hashish. Sekarang mengajar di Universiti Washington USA.
http://en.wikipedia.org/wiki/Mohamed_Hashish

Kita patut bangga orang Islam dapat cipta satu inovasi yang tersangat hebat.

Mesin Waterjet cutting ini guna prinsip P=F/A di mana air akan dipaksa lalu ikut lubang sekecil mata pin. Jadi bila diberi daya terlampau tinggi, air lalu pulak ikut lubang terlampau kecil maka tekanan, P terhasil sangat kuat.

Pressure terhasil boleh mencapat 200 000 psi. Pada tekanan itu, batu boleh putus dua. Tangan dan jari apa lagi.

Of course, kalau air sahaja tidak mungkin kuat sehingga boleh potong besi. Kena tambah addivitve seperti pasir halus ke dalam tangki air. Campuran air dan pasir halus ini bila dipaksa masuk ikut lubang sekecil pin, mampu potong besi.

Kalau guna air semata2, ia boleh potong kayu.

Waterjet cutting lebih baik dari mesin potongan laser. (Laser Cutter). Tiada berlaku 'heat distortion" dalam waterjet. Kerana ia guna air. Sifat2 air ialah sejuk. Jadi material yang kita potong akan sejuk dengan sendiri. Maka tiada berlaku perubahan sifat material.

Mesin2 lain di pasaran semuanya ada libat haba. Hanya waterjet tidak libat haba.

No comments:

Post a Comment