Thursday, July 2, 2009

Transformer, Space Cop Gaban, Maskman, ThunderCat dan Sang Kancil dengan Buaya






Saya percaya pembaca2 blog ni adalah dikalangan kanak2 di zaman 80-an. Ingat tak lagi cerita2 zaman kanak2 kita dulu?

Hari Isnin, Selasa Rabu RTM tayang cerita2 kartun ni setiap petang. Sampai ada yang ponteng sekolah agama nak tengok kartun ni. Punya syok zaman tu.

Dulu zaman budak2 dulu ada kartun Transformers, ThunderCAT, Space Cop Gaban, Maskman, Kesatria Baja Hitam dan lain2.

Di masa yang sama, kita ingat tak kartun pendek, Sang Kancil dengan Buaya? Juga kartun Sang Gagak dengan Botol?

Cerita yg sy nk sampaikan di sini adalah bagaimana kartun terapkan minda teknologi pada budak2. Sy percaya kartun import dari USA dan Jepun seperti transformers, thundercat, Gaban, Kesatria Baja Hitam.... semuanya ditayang lama dah di negara asal sblm dimport masuk Malaysia.

Di kala zaman budak2 tahun 80-an disajikan dengan Sang Kancil dengan Buaya, budak2 di USA dan Jepun dah tersaji dengan cerita robot boleh tukar, alien dari angkasa lepas, teknologi roket, laser.... semuanya teknologi di tahun 2000...

Kita patut berterima kasih kat Kerajaan Malaysia kerana import cerita2 kartun dari USA dan Jepun. Budak2 tahun 80-an sekarang berumur hampir 30-an dan awal 30-an, semuanya terdedah ngan teknologi tinggi ni.

Kita nak lawan ngn USA dan Jepun dari segi teknologi masih jauh, tapi usaha ke arah tu mesti giat dilaksanakan.

1 comment:

  1. heheeh.. aku ni lahir pada tahun 1985.. aku memang tengok semua cerita ni.. layang beb.. aku masih ingat lagi macam mana suria baja hitam bertukar dan naik moto belalang tu.. kalau power ranger aku pilih watak yang baju pink tu. maklum la pempuan, nak juga baju ade skirt cket.. yang kuning tu perempuan jugak tapi baju dia tak ade skirt.. hahhahaaa

    ReplyDelete