Sunday, July 5, 2009

University Baranas di India guna Ilmu Astrologi nk predict heart attack, kita?






Dalam berita Harian 6 Julai 2009, ada artikel kata Universiti Baranas di India nak kaji ilmu astrologi (kaji bintang) untuk ramal bila seseorang tu akan kena heart attack. Suruhanjaya Geran Universiti India beri geran RM45,000 kat penyelidik nak kaji ilmu ni.

Maknanya bila berjaya, akan ada satu lagi ilmu semacam feng shui. Mana tahu akan dimasuk dalam software, kita key in tarikh lahir, tempat lahir dan butiran2 macam2 lagi. Software ilmu astrologi ni boleh predict time bila kita kena heart attack. Jadi kita mesti boleh buat prevention action.

Satu usaha yang sangat mulia.

Berbalik kepada pendapat saya, cuba kita lihat perkara di sebalik ini. Suruhanjaya Geran India, kita kata seperti MOSTI la. Depa sanggup beri geran RM 45 000.00. Iaitu jumlah sangat banyak. mungkin menyamai jutaan ringgit Malaysia nak kaji benda yang di Malaysia kata mengarut.

Ya la ilmu bomoh, tukang tilik ramai orang kata mengarut. Di Malaysia kita pernah dengar Santau, bela Hantu Raya, toyol dan macam2 lagi. Cuba fikir kalaula MOSTI bagi geran jutaan RM nk kuasai ilmu bomoh. Saya berikan contoh ni.

Ilmu Toyol.
Ok, kita tahu perkara toyol ni libat cerita hilang barang. Simpan la dimana pun, mesti hilang. Gara2 toyol. Dari segi saintifik, toyol guna ilmu halimunan. Seperti dalam Fantastic Four yang perempuan invincible tu.

Ilmu Pelesit.

Ia ilmu teleportation. Seperti Nightcrawler dalam X-men. Juga alat teleport dalam Star Trek.

Ilmu Hantu Raya.
Kekuatan tak terhingga seperti Incredible Hulk.

Ilmu Santau.
Senjata jarak jauh. Senjata yang sangat berbahaya. Lebih bahaya dari Nuklear Korea Utara. Namun saya tertanya2 semasa Palestin kena serang dan Iraq kena serang dulu. Tak adakah bomoh2 Melayu nak guna Ilmu Santau kat Bush? Mana tahu jin tak boleh lintas sungai dan laut. Jadi boleh tak mana2 orang sponsor Bomoh ni hantar ke White House dan santau Bush dari dekat pagar White House tu. Mana orang perasan? Tau2 keluar pasir dan kaca dari muka Bush. Baru melompat orang2 White House.

Point saya di sini, ilmu petua Melayu ni cukup luas. Ini termasuk herba2 dan petua orang dulu2. Kalau MOSTI boleh beri geran macam2 ni kat penyelidik, kita dapat ilmu sehebat X-men. Boleh teleport seperti pelesit, boleh jadi kebal seperti incredible hulk. Boleh predict future seperti Professor X dan lain2.

Thursday, July 2, 2009

Transformer, Space Cop Gaban, Maskman, ThunderCat dan Sang Kancil dengan Buaya






Saya percaya pembaca2 blog ni adalah dikalangan kanak2 di zaman 80-an. Ingat tak lagi cerita2 zaman kanak2 kita dulu?

Hari Isnin, Selasa Rabu RTM tayang cerita2 kartun ni setiap petang. Sampai ada yang ponteng sekolah agama nak tengok kartun ni. Punya syok zaman tu.

Dulu zaman budak2 dulu ada kartun Transformers, ThunderCAT, Space Cop Gaban, Maskman, Kesatria Baja Hitam dan lain2.

Di masa yang sama, kita ingat tak kartun pendek, Sang Kancil dengan Buaya? Juga kartun Sang Gagak dengan Botol?

Cerita yg sy nk sampaikan di sini adalah bagaimana kartun terapkan minda teknologi pada budak2. Sy percaya kartun import dari USA dan Jepun seperti transformers, thundercat, Gaban, Kesatria Baja Hitam.... semuanya ditayang lama dah di negara asal sblm dimport masuk Malaysia.

Di kala zaman budak2 tahun 80-an disajikan dengan Sang Kancil dengan Buaya, budak2 di USA dan Jepun dah tersaji dengan cerita robot boleh tukar, alien dari angkasa lepas, teknologi roket, laser.... semuanya teknologi di tahun 2000...

Kita patut berterima kasih kat Kerajaan Malaysia kerana import cerita2 kartun dari USA dan Jepun. Budak2 tahun 80-an sekarang berumur hampir 30-an dan awal 30-an, semuanya terdedah ngan teknologi tinggi ni.

Kita nak lawan ngn USA dan Jepun dari segi teknologi masih jauh, tapi usaha ke arah tu mesti giat dilaksanakan.

Monday, June 29, 2009

Jika Alat Pengetuk Berteknologi Tinggi Lama dah Wujud sebelum Hammer, apa akan jadi jika ada orang cipta Hammer?

Persoalan di blog kali ini adalah bagaimana susahnya orang kita nak terima idea baru.

Hammer adalah penukul. Orang dah lama cipta hammer sejak dari zaman batu lagi. Teknologi hammer adalah paling simple. Ambil ja batu, lekat pada kayu dan ketuk. Itu ialah hammer.

Katakan sebelum wujud hammer, orang zaman batu dah lama dah wujud alat penukul berteknologi tinggi, Boleh align position hammer dengan paku. Lepas tu ada actuator nak ketuk. Remote control lagi. Segala saintis dan jurutera zaman dulu dah habis jutaan ringgit buat R & D pasai hammer actuator ni. Koloni manusia di bumi ni dah terima konsep hammer actuator ni dari zaman nenek moyang mereka lagi dah.


Tiba2 di akhir zaman ni, tahun 2009 datang seorang jurutera muda yang otak geliga. Dia perkenal hammer jenis simple. Yang ada besi di atas sebatang kayu. Jurutera muda ni siap tunjuk demo lagi betapa senangnya guna hammer simple ni.


Agak-agak semua pembaca blog ni la, adakah koloni manusia senang2 nak terima idea hammer simple ni? Sebabya dari zaman sebelum masihi lagi dah ada hammer actuator yang guna remote control, yang boleh align paku dengan tepat. Hammer simple ni pula guna kudrat nk hentam paku.


Jawapanya tidak semudah itu. Golongan saintis akan tulis paper masuk high impact journal macamana nak buat welding pada besi dan pemegangnya. Juga nanti ada orang kaji bagaimana hentakan hammer boleh rosakkan sel2 tangan. Ada juga yang gatai2 pergi paten hammer ni.


Pendek kata tak semudah itu satu produk baru nak masuk dalam pasaran. Juga tak semudah tu penerimaan masyarakat kat produk tu.


Ini baru analogi mudah. Kita fikir tengok, macamana barang2 sekeliling kita boleh kita improve jadi barang yang lebih berguna. Tapi dah jadi budaya orang kita, barang2 baru ni kena kutuk dulu. Kritik macam2. Kalau pengeluar hilang sabar, berkuburlah produk tu.


Jadi bila kita jumpa apa2 produk baru, think positif, mungkin ada gunanya pada kita suatu hari nanti.

Saturday, June 13, 2009

AutoCAD dan CATIA, mana lagi bagus?







Ramai orang tanya saya mana software lagi bagus, AutoCAD atau CATIA? AutoCAD adalah software yang cukup powerful untuk lukisan 2 dimensi (2D). CATIA pula software yang maqam dia paling tinggi di dalam 3D dan analisis.

Untuk jawab soalan ni, saya kena ceritakan pengalaman saya gunakan software2 CAD. Saya pernah guna dan mengajar subjek Lukisan Kejuruteraan iaitu lukisan gunakan tangan. Bila saya belajar AutoCAD, rasa macam tak mahu guna dah pen dan kertas nak melukis.

Bila saya guna AutoCAD Version R14, saya dapati ia banyak gunakan command keyboard. Seperti L untuk single line. Saya dapati untuk 3D tidak sesuai sangat. Sungguhpun begitu, kalau dah mahir tiada masalah.

Bila saya belajar CATIA, rasa macam tak mahu guna AutoCAD. Sebab senang sangat. Guna icon. Boleh buat 3D. untuk pengetahuan semua, CATIA sangat sesuai untuk 3D.

TETAPI

Bila saya guna software IRONCAD, tak mahu guna CATIA dah. Punya senang. Template dah ada, just tarik2 ja objek kita lukis tu.

Ada lagi satu software lagi senang dari IRONCAD, iaitu ALIAS software. Ini Proton guna. Kita lukis atas papan dan lukisan kita tu boleh edit2 guna software tu.

Pendek kata dari hari ke hari teknologi CAD semakan improve. AutoCAD pun sekarang nak masuk ke arah 3D.

Kalau tanya saya apa yang bagus, saya nanti tanya balik, nak guna untuk apa? Bajet banyak mana? Untuk permulaan, saya suggest AUtoCAD. Harga pasaran original sekitar RM 5000.00. Pirate CD berlambak. Disebabkan AUtoCAD ni dah lama establish, maka majority syarikat/kilang2 yang lama2 guna AutoCAD. Depa tak mau tukar. Buat apa nk tukar asalkan boleh pakai sudah.

CATIA ni terlampau mahal. Spec industri ialah RM 200, 000.00 satu lesen. Boleh beli sebijik rumah. Proton guna CATIA. Syarikat2 yg fokus RnD guna CATIA. Masalahnya jika kita nak training CATIA kat rumah, pirate ada tetapi selalunya install tak leh run. Pulak tu dia kena pakai RAM bergigabyte. Setakat 512 MB, jalan serupa siput babi. Punya lambat. Kalau kita install kat Laptop, tak boleh install yang lain. Guna utk CATIA saja.

Yang paling penting, kita faham apa yang kita buat. Nak mahir CAD, sy suggest mula dengan AutoCAD. Sebab ia basic dan mudah dicari merata2. Saya dapati software2 yang makin advance ni lebih kurang AutoCAD jugak.

Kesimpulannya, jika mahir AutoCAD, insya'Allah software lain mudah faham.

Thursday, June 11, 2009

Air boleh potong Besi

Ramai orang di luar bidang kejuruteraan pembuatan terkejut apabila saya kata air boleh potong besi. Hakikat air boleh potong batu dalam masa berjuta tahun sudah diketahui ramai. Bila air menitik atas batu dalam masa jutaan tahun, batu mereput seterusnya membentuk lubang.

Air yang kita minum memang boleh potong besi. Teknologi ini dicipta oleh seorang Muslim dari Mesir. Masih hidup lagi. Professor Dr Mohamed Hashish. Sekarang mengajar di Universiti Washington USA.
http://en.wikipedia.org/wiki/Mohamed_Hashish

Kita patut bangga orang Islam dapat cipta satu inovasi yang tersangat hebat.

Mesin Waterjet cutting ini guna prinsip P=F/A di mana air akan dipaksa lalu ikut lubang sekecil mata pin. Jadi bila diberi daya terlampau tinggi, air lalu pulak ikut lubang terlampau kecil maka tekanan, P terhasil sangat kuat.

Pressure terhasil boleh mencapat 200 000 psi. Pada tekanan itu, batu boleh putus dua. Tangan dan jari apa lagi.

Of course, kalau air sahaja tidak mungkin kuat sehingga boleh potong besi. Kena tambah addivitve seperti pasir halus ke dalam tangki air. Campuran air dan pasir halus ini bila dipaksa masuk ikut lubang sekecil pin, mampu potong besi.

Kalau guna air semata2, ia boleh potong kayu.

Waterjet cutting lebih baik dari mesin potongan laser. (Laser Cutter). Tiada berlaku 'heat distortion" dalam waterjet. Kerana ia guna air. Sifat2 air ialah sejuk. Jadi material yang kita potong akan sejuk dengan sendiri. Maka tiada berlaku perubahan sifat material.

Mesin2 lain di pasaran semuanya ada libat haba. Hanya waterjet tidak libat haba.

Wednesday, June 10, 2009

Krisis Air Global kerana El Nino




Berita hari ni kata dunia akan hadapi krisis air kerana fenomena El Nino. Fenomena El Nino bermakna panas sepanjang hari. Malaysia turut kena tempias. Suhu di Chuping, Perlis catatkan suhu 40 darjah iaitu tertinggi di Malaysia setakat ini.

Manusia tidak terasa sangat akan kesan ini. Kerana manusia ada sistem penyejukan sendiri seperti berpeluh. Jika panas sangat, manusia akan pergi ke tempat teduh. Tetapi pokok2 nak lari camana?

Pokok2 ni akan kurangkan kehilangan air dengan cara kuncupkan daun. Jadi daun jadi layu. Lama2 dengan suhu 40 darjah berterusan tanpa hujan, pokok akan mati.

Di sini kita pernah dengar teknologi water filtration. Di mana Singapura dapat convert air jamban jadi air minum. Juga Singapura dapat tukar air laut ke air minum. Singapura adalah negara pulau. Secara sedar atau tak, Malaysia juga adalah negara pulau. Jadi kita sendiri patut ada water filtration jenis tu.

Andai kata Malaysia kuasai teknologi water filtration, bayangkan di pendalaman di mana akses air bersih susah dapat, orng di pendalaman dapat air bersih. Begitu juga penduduk pesisir pantai.

Jadi dalam kesempatan fenomena El Nino ni, elok penyelidik2 dapat kaji water filtration ni.

Supaya di masa depan, tidak terjadi krisis air di Malaysia.

Tuesday, June 9, 2009

Equation2 yang pelik2 dan alat bantu belajar


Di sekolah dulu kita semua diajar dengan hukum Newtonian, 3 hukum Newton dan paling masyhur F=ma. Juga kita diajar hukum Einstein E=mc^2. Sesiapa ambil kejuruteraan kena belajar kitar rankin, kitar carnot dan sebagainya.

Apabila ilmu makin bertambah, kita akan jumpa equation yang pelik2. Yang persamaan dia libatkan formula macam cacing. Langragian, Jacobian, Becker-Kistiakosky-Wilson dan sebaganya.

Persoalannya macamana nk faham semua persamaan baru tu. Sedangkan 3 hukum newton pun masih kabur. Saya berpendapat, nk bantu mudah faham ni kena ada alat bantu belajar.
1. Guna microsoft excell nak calculate data.
2. Guna MathCAD
3. Guna Matlab
4. Guna AutoCAD, Solidwork, CATIA

Contohnya, untuk kira angle apa satu objek yang berdimensi sekian, sekian. Kalau nak kira pakai calculator dan hukum segitiga, ambil masa. Cuba guna AutoCAD, draw ikut dimensi. Lepastu ambil angle. Kan senang.

Kalau equation tu ada ikon macam cacing, gunakan MathCAD nak tolong kira untuk kita.

Actually banyak lagi alat bantu belajar ni. Yang penting kemahuan diri nak belajar.