Sunday, July 5, 2009

University Baranas di India guna Ilmu Astrologi nk predict heart attack, kita?






Dalam berita Harian 6 Julai 2009, ada artikel kata Universiti Baranas di India nak kaji ilmu astrologi (kaji bintang) untuk ramal bila seseorang tu akan kena heart attack. Suruhanjaya Geran Universiti India beri geran RM45,000 kat penyelidik nak kaji ilmu ni.

Maknanya bila berjaya, akan ada satu lagi ilmu semacam feng shui. Mana tahu akan dimasuk dalam software, kita key in tarikh lahir, tempat lahir dan butiran2 macam2 lagi. Software ilmu astrologi ni boleh predict time bila kita kena heart attack. Jadi kita mesti boleh buat prevention action.

Satu usaha yang sangat mulia.

Berbalik kepada pendapat saya, cuba kita lihat perkara di sebalik ini. Suruhanjaya Geran India, kita kata seperti MOSTI la. Depa sanggup beri geran RM 45 000.00. Iaitu jumlah sangat banyak. mungkin menyamai jutaan ringgit Malaysia nak kaji benda yang di Malaysia kata mengarut.

Ya la ilmu bomoh, tukang tilik ramai orang kata mengarut. Di Malaysia kita pernah dengar Santau, bela Hantu Raya, toyol dan macam2 lagi. Cuba fikir kalaula MOSTI bagi geran jutaan RM nk kuasai ilmu bomoh. Saya berikan contoh ni.

Ilmu Toyol.
Ok, kita tahu perkara toyol ni libat cerita hilang barang. Simpan la dimana pun, mesti hilang. Gara2 toyol. Dari segi saintifik, toyol guna ilmu halimunan. Seperti dalam Fantastic Four yang perempuan invincible tu.

Ilmu Pelesit.

Ia ilmu teleportation. Seperti Nightcrawler dalam X-men. Juga alat teleport dalam Star Trek.

Ilmu Hantu Raya.
Kekuatan tak terhingga seperti Incredible Hulk.

Ilmu Santau.
Senjata jarak jauh. Senjata yang sangat berbahaya. Lebih bahaya dari Nuklear Korea Utara. Namun saya tertanya2 semasa Palestin kena serang dan Iraq kena serang dulu. Tak adakah bomoh2 Melayu nak guna Ilmu Santau kat Bush? Mana tahu jin tak boleh lintas sungai dan laut. Jadi boleh tak mana2 orang sponsor Bomoh ni hantar ke White House dan santau Bush dari dekat pagar White House tu. Mana orang perasan? Tau2 keluar pasir dan kaca dari muka Bush. Baru melompat orang2 White House.

Point saya di sini, ilmu petua Melayu ni cukup luas. Ini termasuk herba2 dan petua orang dulu2. Kalau MOSTI boleh beri geran macam2 ni kat penyelidik, kita dapat ilmu sehebat X-men. Boleh teleport seperti pelesit, boleh jadi kebal seperti incredible hulk. Boleh predict future seperti Professor X dan lain2.

Thursday, July 2, 2009

Transformer, Space Cop Gaban, Maskman, ThunderCat dan Sang Kancil dengan Buaya






Saya percaya pembaca2 blog ni adalah dikalangan kanak2 di zaman 80-an. Ingat tak lagi cerita2 zaman kanak2 kita dulu?

Hari Isnin, Selasa Rabu RTM tayang cerita2 kartun ni setiap petang. Sampai ada yang ponteng sekolah agama nak tengok kartun ni. Punya syok zaman tu.

Dulu zaman budak2 dulu ada kartun Transformers, ThunderCAT, Space Cop Gaban, Maskman, Kesatria Baja Hitam dan lain2.

Di masa yang sama, kita ingat tak kartun pendek, Sang Kancil dengan Buaya? Juga kartun Sang Gagak dengan Botol?

Cerita yg sy nk sampaikan di sini adalah bagaimana kartun terapkan minda teknologi pada budak2. Sy percaya kartun import dari USA dan Jepun seperti transformers, thundercat, Gaban, Kesatria Baja Hitam.... semuanya ditayang lama dah di negara asal sblm dimport masuk Malaysia.

Di kala zaman budak2 tahun 80-an disajikan dengan Sang Kancil dengan Buaya, budak2 di USA dan Jepun dah tersaji dengan cerita robot boleh tukar, alien dari angkasa lepas, teknologi roket, laser.... semuanya teknologi di tahun 2000...

Kita patut berterima kasih kat Kerajaan Malaysia kerana import cerita2 kartun dari USA dan Jepun. Budak2 tahun 80-an sekarang berumur hampir 30-an dan awal 30-an, semuanya terdedah ngan teknologi tinggi ni.

Kita nak lawan ngn USA dan Jepun dari segi teknologi masih jauh, tapi usaha ke arah tu mesti giat dilaksanakan.