Tuesday, June 9, 2009

Equation2 yang pelik2 dan alat bantu belajar


Di sekolah dulu kita semua diajar dengan hukum Newtonian, 3 hukum Newton dan paling masyhur F=ma. Juga kita diajar hukum Einstein E=mc^2. Sesiapa ambil kejuruteraan kena belajar kitar rankin, kitar carnot dan sebagainya.

Apabila ilmu makin bertambah, kita akan jumpa equation yang pelik2. Yang persamaan dia libatkan formula macam cacing. Langragian, Jacobian, Becker-Kistiakosky-Wilson dan sebaganya.

Persoalannya macamana nk faham semua persamaan baru tu. Sedangkan 3 hukum newton pun masih kabur. Saya berpendapat, nk bantu mudah faham ni kena ada alat bantu belajar.
1. Guna microsoft excell nak calculate data.
2. Guna MathCAD
3. Guna Matlab
4. Guna AutoCAD, Solidwork, CATIA

Contohnya, untuk kira angle apa satu objek yang berdimensi sekian, sekian. Kalau nak kira pakai calculator dan hukum segitiga, ambil masa. Cuba guna AutoCAD, draw ikut dimensi. Lepastu ambil angle. Kan senang.

Kalau equation tu ada ikon macam cacing, gunakan MathCAD nak tolong kira untuk kita.

Actually banyak lagi alat bantu belajar ni. Yang penting kemahuan diri nak belajar.

Monday, June 8, 2009

Blog boleh tajamkan penulisan ilmiah

Saya join blog ni sebab saya nampak blog boleh tajamkan skill penulisan saya. Bila kita tulis blog, segala idea akan datang. Berbanding hendak tulis journal papers, conference papers yang ada format sendiri. Jadi buat masa ni skill tulis journal ni belum sampai. Tetapi dgn menulis dalam blog, saya akan masukkan elemen2 ilmiah. Dan tentunya saya boleh copy paste penulisan saya sendiri untuk journal/ conference/ theses.

Sunday, June 7, 2009

Potong Titanium gunakan Air dan Letupan

Sy sedang buat kajian mengenai linear water jet. Special tentang projek ini ialah linear water jet gunakan kuasa letupan utk gantikan pump. Daripada hasil kajian saya, saya dapati 1 kg TNT boleh hasilkan 1 juta psi tekanan.

1 kg TNT = 1 juta psi = 6824 MPa
Untuk pump terkuat di pasaran, ia menghasilkan kuasa sehingga 200 000 psi. Simple kadaran bermakna ia bahan letupan hanya sebanyak 200 gram sahaja.

Bayangkan sebesar2 pump, hanya 200 gram TNT sahaja perlu.

200 gram TNT apabila direndam dalam air dan diletup, memaksa air dalam pump bergerak selaju 682 meter per saat.

Pada kelajuan ini, air yang kita minum ini boleh potong Titanium. Daya ricih (shear) Titanium ialah 650 MPa. Kuasa 200 gram letupan menghasilkan 1000 MPa. Iaitu sekali ganda shear strength Titanium

Dalam kes ini, halangan terbesar untuk produk ini komersil ialah akses kepada bahan letupan.

Saya percaya jika saya dapat cari cara untuk 'maintain' kuasa letupan, pasti kuasa letupan akan berguna kepada masyarakat.

Saturday, June 6, 2009

Remote Control dan Kesenangan Hidup


Remote control adalah satu alat yang penting di dalam rumah. Kebanyakan rumah ada remote control untuk TV. Tak kurang juga kipas angin rumah. Sesetengah rumah yang ultra moden guna remote control nak buka tutup suis rumah.

Saya nampak teknologi remote control sangat banyak sangat bantuk hidup kita seharian. Kereta juga guna suis remote control. ADa juga kata remote control jadikan kita malas gerak. COntohnya kita tak payah bangun jalan ke tv tukar channel. Well betul juga. Apapun remote control amat bantu hidup.

My View On Technology

Teknologi adalah sesuatu yang sentiasa berkembang. Tiap2 hari ada teknologi baru. Sungguh menarik bila bicara tentang teknologi. Apa2 saja boleh dibincangkan. Dari teknologi remote control ke teknologi satelit. Di dalam blog ini saya akan bicarakan apa2 saja yang terlintas di hati saya tentang teknologi.

Nama saya Ahmad Humaizi bin Hilmi. Saya adalah Pensyarah di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Sekarang sedang sambung PhD di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Saya sedang mengkaji "Linear Nozzle utk Water Jet Cutting" Di dalam projek ini, saya akan gunakan bahan letupan untuk gantikan kuasa pam. Di Malaysia ni, hanya di UPNM saja boleh akses kepada military.

Ok, berbalik pada blog ni, sy akan cuba update setiap hari. Tiap2 hari saya baca journal dan browse internet tentang apa2 berkaitan linear water jet. Di dalam masa sama, otak berfikir tentang bagaimana kemajuan teknologi memberi manfaat pada manusia.

Moga blog ni tajamkan skill saya utk menulisa. Ok see ya in next post.